Terlalu percaya pada Bomoh, pukul rakan sampai mati..

Kongsikan Cerita

Kerana terlalu percayakan kepada bomoh, tindakan segolongan manusia kurang akal ini telah meragut satu nyawa. Kita digemparkan dengan kes pukul yang berlaku di UPNM beberapa hari lepas.

Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal dunia akibat didera, kelmarin dilaporkan dipukul rakan gara-gara seorang bomoh mendakwa dia merupakan individu yang mencuri komputer riba suspek.

Perkara itu didedahkan oleh rakan mangsa yang memaklumkan kepada ibu Zulfarhan, Hawa Osman menerusi mesej WhatApps, kata bapa saudara mangsa.

Dalam mesej itu menyatakan, mangsa telah dipukul sebelum Ramadan kerana dituduh mencuri walaupun dia bukan satu-satunya pelajar yang disyaki.

“Tapi Paan (Zulfarhan) jadi suspek sebab orang tanya bomoh la bagi keluar nama dia. Lepas tu nak bagi dia mengaku, kawan-kawan pukul dia beramai-ramai.

Sementara itu, pihak polis kini sedang berusaha menjejaki bomoh yang didakwa menyebut nama arwah dalam kes kecurian itu dan doktor sebuah klinik swasta yang merawat mangsa pada 27 dan 31 Mei lalu untuk diambil keterangan.

Suspek menggunakan alasan itu untuk memaksa Allahyarham mengaku tindakannya (mencuri laptop).

Pada Khamis lalu, Zulfarhan, 21, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Serdang kira-kira jam 10 malam dengan kesan melecur di dada, tangan dan kaki, dipercayai ditekap seterika wap.

Ahli keluarga arwah turut menyifatkan keadaan mangsa umpama daging bakar dengan hampir semua tubuh ada kesan melecur.

Susulan itu, seramai 36 pelajar telah direman bagi membantu siasatan kes kematian pegawai kadet laut tahun tiga UPNM itu.

Sumber : mynewshub

 

Kongsikan Cerita