Jawapan Lembaga Zakat Selangor ( LZS ) mengenai pembayaran zakat kepada golongan separa mampu.

Kongsikan Cerita
**Gambar hiasan, menggambarkan keadaan rumah pelanggan Astro yang begitu naif.

 

LZS Ungkai Kekeliruan Mengenai Pembayaran Zakat

Nadanya macam ada yang tidak kena dan janggal, susah nak di jawab, kelakar pun mungkin ada terselit juga, tapi inilah hakikat yang berlaku.

Oleh kerana timbulnya banyak pertikaian oleh sesetengah pembayar zakat di Malaysia yang ada diantaranya menempelak kembali penerima zakat dengan pandangan negatif tanpa mengambil kira soal fakta yang jelas dan hanya mengikut hawa nafsu semata-mata.

“Saya sebagai seorang pembayar zakat pun tak pakai Astro ni sebab mahal dan membazir, mana boleh mereka penerima zakat ni pulak seolah, bayar Astro boleh, nak makan nak minta zakat?”

Mungkin gambar yang dipaparkan diatas dapat membuat anda termenung seketika dan berfikir.

( Saya tersenyum… )

Dan, persoalan ini telah diajukan kepada pihak Lembaga Zakat Selangor ( LZS ) dan jawapan yang diberikan oleh pihak LZS adalah seperi berikut :

Jawapan Lembaga Zakat Selangor:

Terima kasih atas maklum balas anda semua. Kami amat menghargai segala komen, cadangan dan penambahbaikan yang diberikan.

Untuk persoalan di atas, Zakat Selangor mengambil kira dua (2) aspek utama penilaian sebelum diluluskan permohonan.

Penentuan kelayakan fakir miskin adalah berdasarkan siasatan dan pengiraan Had Kifayah. Manakala berkaitan astro:

1. Astro Pakej Basic (RM39.90)

Untuk kes ini biasanya Zakat Selangor tiada mengambil kira dalam penentuan kelayakan. Asas pertimbangannya ialah kadang-kadang jika tinggal kawasan yang memang jiran-jiran sekeliling memasang Astro terutama di flat atau rumah pangsa biasanya mereka yang tidak mempunyai astro akan mengalami gangguan siaran TV.

2. Lain-lain pakej Astro (bukan Basic)

Untuk kes ini pula biasanya pihak Zakat Selangor akan mencampurkan bil Astro itu dalam pengiraan Had Kifayah.

Maknanya perkara ini akan diambil kira dalam mengira kelayakkan sebagai asnaf fakir miskin.

Peluang untuk menjadi Asnaf Fakir/miskin masih ada lagi, namun kami akan menasihatkan mereka supaya menutup akaun astro atau menukar kepada pakej basic atau bertukar kepada NJOI sahaja.

Apa yang penting kita wajib memahami antara keutamaan dan kehendak. Mendahulukan keperluan asas berbanding kemahuan.

Sekian terima kasih.

Semoga dengan jawapan yang diberikan oleh LZS itu tadi sedikit sebanyak dapat memberikan penjelasan sebenar secara ilmiah dan fakta.

Kongsikan Cerita